Pages

Monday, June 27, 2016

TEMUDUGA PENDIDIKAN BAHASA ARAB (UPU) - UIA

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 22 Ramadhan 1437H bersamaan 27 Jun 2016. Dah lama sis tak buka blog. Baru2 ni sis ada temuduga pendidikan bahasa arab di UIA. Biasa la nak temuduga mesti buat preparation kan. Sis ni dah la takde experience bab2 temuduga ni. So, sis cuba la cari dalam blog2 orang lain yang ceritakan procedure temuduga untuk UIA ni. Tapi, bila sis cari, takde pun yang ceritakan temuduga pendidikan untuk UPU, yang ada cuma IPG. Banyak blog yang sis buka, semua pasal IPG and I'm very sure IPG and UPU absolutely different. So, sis rasa sis nak kongsikan kepada yang mencari seperti sis apa yang sis lalui masa temuduga tu. 

Jangan risau sangat yang nak temuduga UIA dalam bidang bahasa arab tu, senang je sebenarnya.
Temuduga ni takde pun macam IPG yang ada ujian fizikal, berkumpulan, ulasan video dan lain2. Temuduga individu je. Itu pun ambil masa dalam 10 hingga 20 minit macam tu. Sis ada juga tanya senior2 yang dah ada kat UIA, diorang cakap temuduga dalam bahasa arab dan inggeris. No malay even one word. Ya la, nama pun Universiti Islam Antarabangsa, International tu. Lagi takut bunyinya. Tapi Alhamdulillah time sis ditemuduga tu no english pun. Arab dan melayu je. Arab pun sikit2 je soalan.

Antara soalan2 yang ditanya:(ni sis punya soalan. lain penemuduga lain soalan)
1. Pasal diri(ba)
   - Dari negeri mana, sekolah mana, adik beradik berapa orang, parents kerja apa, subjek favorite apa.
2. Pasal course(bm) & universiti yang dipilih(ba)
   - kenapa pilih course bahasa arab, kenapa pilih UIA
3. Berdasarkan teks
   - baca teks arab tanpa baris, jawab soalan nahu berdasarkan teks yang dibaca.

And selesai lah sis punya interview. Alhamdulillah soalan yang sis dapat tu boleh dikategorikan dalam kategori mudah. Sis tanya juga kawan2 sis yang lain, soalan apa yang diorang kena.
Soalan diorang:
1. Isu semasa dalam dan luar negeri
2. Isu semasa pendidikan
3. Tulis surah al-fatihah di whiteboard
4. Baca surah yang ingat / penemuduga yang tebuk surah (bagi yg ada sijil hafazan or STAM - sis pun STAM jgk, tapi x tanya pun :D )
5. Baca perkataan tanpa baris di whiteboard (lagi senang dari baca teks ><)

Itu je yang sis nak kongsikan. Sesiapa yang akan ditemuduga tu, semoga berjaya. Bila masuk dalam bilik temuduga, jangan lupa senyum. And harap2 sis juga lulus temuduga hari tu. 

Allahumma yuftah 'alaikum...
Assalamualaikum w.b.t...